Posts

Bicara rasa

 awan mendung membawa suram kehatiku, namun kegembiraan buat si dia. Rasa tidak lagi seperti dulu kala. Kadang sesuatu perkara kelihatan bagus untuk kita namun kita menolaknnya. Kadang sesuatu itu buruk untuk kita namun itu yang kita kejar sehingga menyakitkan diri sendiri. Awan mendung juga satu kebaikan jika kita menghargainya. Positifkan diri untuk terus kedepan dan lupakan perkara yang menyakitkan. Adakah karna mental dan emosi yang tidak terkawal sehingga kita tidak mahu terima akan takdir yang telah diaturkan. Jangan karna dia, kita menjadi gila. Jangan karna dia kita tidak hargai setiap pengorbanan. Jangan karna dia, kita sedih. Jangan karna dia, kita bertanya pada maha esa mengapa ini berlaku. Lepaskan segala keperitan mendung dalam jiwa agar kita bebas melebarkan sayap. Untuk terus mara dan berserah pada pencipta untuk mengatur setiap langkah. Jangan dipersoal akan setiap ujian namun carilah solusi agar mental dan emosi tidak mengaburi akal dan hati yang suci.   ...

Ilham dicoretkan

Image
  https://youtu.be/j7UJQMnhdzI

Mental illnes

Image
Mental illnes juga dikenali sebagai penyakit jiwa. Ianya mempunyai begitu banyak faktor yang mendorong. Rakanku dibelenggu dengan penyakit sebegini. Aku tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Baginya, penyakit ini menyebabkan dirinya semakin hari semakin kehilangan bahkan ia mendorong kepada post traumatic disorder dan bipolar. Entah kenapa ia berlaku sedemikian. Adakah ini juga berpunca oleh buli. Pintu jendela hatiku mula berkata-kata sehinggakan hentakan berlaku di fikiranku. Ia makin bercelaru, kesian dan merintih. Dalam tidak sedar, aku sedikit demi sedikit terikat bagaikan dirantai dengan batu-batu yang menghempaknya. Perkara juga membawa aku jurang yang buntu. 

Benci

Image
Marah tidak lagi terpaut dalam jiwanya. Benci adalah perkara utama. Apakah dia mampu membuang itu, atau dia menelannya sehingga terbujur kaku. Benci kepada manusia tidak lagi terungkap dalam jiwa bahkan dia bencin dirinya sendiri. Adakah dia juga tidak terima dengan ujian yang diberika. Itu persoalan dengan pencipta-Nya sahaja. Dia bahkan sedih dilahirkan. Dia bahkan memohon tidak dilahirkan. Namun ujian demi ujian bersilih ganti. Apakah kerana kesalahan dirinya. Atau dia manusia pendosa yang harus ke neraka.  Duri-duri berbisa mula menyerangnya sehingga separa gila dan mungkin ia akan membunuhnya.

Titik kematian

Image
 Deruan angin makin kencang, meniup di telinga. sering kali kedengaran seorang manusia yang tidak bernyawa. Namun kini, diri syafiq bagaikan mayat hidup yang tidak bermakna. Kesakita dalam dirinya kini tida tertangung oleh pemikirannya. Entah apa yang dilaluinya bahkan dia mohon untuk mati dari meneruskan hidupnya. Bagaikan dia di neraka dunia. Adakah disebabkan buli, atau apakah rahsia terpendam yang terbuku dalam hatinya. Adakah semua keriangan dia adalah lakonan semata. Inilah rahsia tidak terbungkam dalam dirinya.

Mohon kematian

Image
Segelintir yang bernyawa memohon agar dimatikan. Bagi mereka hidup dalam kegelapam bagai di neraka membuatkan mereka ingin mati. Mati dapat membuatkan mereka terasa tenang bahkan ia juga dapat menghentikan sesuatu itu berlaku dan terus berlaku. Permonan ibarat doa bersilih ganti. Mereka terasa disiksa oleh cobaan dunia yang penuh kaca yang menikam hati-hati mereka dari masa ke masa. Setiap insan ini tidak pernah menginginkan hidupnya sedemikian namun apakan daya, mereka tidak mampu menerimanya. Sedih dan pedih hati itu, tiada yang tahu. Hanya dikeji, dimaki adalah habuan bagi mereka. Dari itu, mereka berharap dimatikan dan tidak harus mereka wujud di bumi yang penub fatamorgana. Yang penuh dengan kebencian dan kejahatan. Neraka dunia membuatkan mereka tidak mampu untuk bersyukur pada Maha Esa. 

Ugut

Image
Kini, ramai yang mengalami ugutan. Ugutan demi ugutan membuatkan setiap nafas yang dihela tidak sempat dinikmati. Ugutan yang mungkin disebabkan kecuaian dan dosa sendiri. Namun terdapat juga ugutan yang dibuat untuk mengawal dan menjadikan seseorang itu hambanya. Bahkan hal ini memberi satu tamparan kepada yang lemah itu. Ini juga membuatkan seseorang menjadi gila dek kerana tidak mampu untuk terus dikelola. Disebabkan itu diri mereka mula tidak keruan dan mati perlahan-lahan.