Rinduku di saban hari
Rindu, satu ungkapan yang sangat sering didengari. Namun kandungannya membawa makna yang berbeda. Aku hanya mampu merindui alam kampus yang aman bertemankan rakan-rakan dan pensyarah. Namun, mana mungkin daku mampu membawa kembali detik waktu itu, karena musim sudah tidak sama bak dulu. Rinduku kini hanya mengalir mengikut arus pemodenan melalui maya. Aku bagaikan teropong yang tersekat di celahan batu. Hanya mampu melihat, memerhati dan mendengar dari jauh. Aku kini, ternoda dek zaman yang serba canggih namun masih lemah longlai, dek kerana kampung halaman tidak mempunyai pancaran talian yang baik. Rindu dipinta apabila covid 19 yang melanda. Arakian, aku berasa hiba kerana tidak mampu melewati hari demi hari dengan penuh bermakna melalui alam maya. Ladang dan semak samun menjadi teman diri, meniti di atas aliran sungai demi mencapai talian yang baik. Sendiri aku titiskan air mata, mengenang nasib tanpa penghujung. Akhir kalamku, agar angin meniup rinduku pada arus yang dulu kala....
Comments
Post a Comment