Ugut
Kini, ramai yang mengalami ugutan. Ugutan demi ugutan membuatkan setiap nafas yang dihela tidak sempat dinikmati. Ugutan yang mungkin disebabkan kecuaian dan dosa sendiri. Namun terdapat juga ugutan yang dibuat untuk mengawal dan menjadikan seseorang itu hambanya. Bahkan hal ini memberi satu tamparan kepada yang lemah itu. Ini juga membuatkan seseorang menjadi gila dek kerana tidak mampu untuk terus dikelola. Disebabkan itu diri mereka mula tidak keruan dan mati perlahan-lahan.
Comments
Post a Comment