Posts

Showing posts from December, 2020

Benci

Image
Marah tidak lagi terpaut dalam jiwanya. Benci adalah perkara utama. Apakah dia mampu membuang itu, atau dia menelannya sehingga terbujur kaku. Benci kepada manusia tidak lagi terungkap dalam jiwa bahkan dia bencin dirinya sendiri. Adakah dia juga tidak terima dengan ujian yang diberika. Itu persoalan dengan pencipta-Nya sahaja. Dia bahkan sedih dilahirkan. Dia bahkan memohon tidak dilahirkan. Namun ujian demi ujian bersilih ganti. Apakah kerana kesalahan dirinya. Atau dia manusia pendosa yang harus ke neraka.  Duri-duri berbisa mula menyerangnya sehingga separa gila dan mungkin ia akan membunuhnya.

Titik kematian

Image
 Deruan angin makin kencang, meniup di telinga. sering kali kedengaran seorang manusia yang tidak bernyawa. Namun kini, diri syafiq bagaikan mayat hidup yang tidak bermakna. Kesakita dalam dirinya kini tida tertangung oleh pemikirannya. Entah apa yang dilaluinya bahkan dia mohon untuk mati dari meneruskan hidupnya. Bagaikan dia di neraka dunia. Adakah disebabkan buli, atau apakah rahsia terpendam yang terbuku dalam hatinya. Adakah semua keriangan dia adalah lakonan semata. Inilah rahsia tidak terbungkam dalam dirinya.

Mohon kematian

Image
Segelintir yang bernyawa memohon agar dimatikan. Bagi mereka hidup dalam kegelapam bagai di neraka membuatkan mereka ingin mati. Mati dapat membuatkan mereka terasa tenang bahkan ia juga dapat menghentikan sesuatu itu berlaku dan terus berlaku. Permonan ibarat doa bersilih ganti. Mereka terasa disiksa oleh cobaan dunia yang penuh kaca yang menikam hati-hati mereka dari masa ke masa. Setiap insan ini tidak pernah menginginkan hidupnya sedemikian namun apakan daya, mereka tidak mampu menerimanya. Sedih dan pedih hati itu, tiada yang tahu. Hanya dikeji, dimaki adalah habuan bagi mereka. Dari itu, mereka berharap dimatikan dan tidak harus mereka wujud di bumi yang penub fatamorgana. Yang penuh dengan kebencian dan kejahatan. Neraka dunia membuatkan mereka tidak mampu untuk bersyukur pada Maha Esa. 

Ugut

Image
Kini, ramai yang mengalami ugutan. Ugutan demi ugutan membuatkan setiap nafas yang dihela tidak sempat dinikmati. Ugutan yang mungkin disebabkan kecuaian dan dosa sendiri. Namun terdapat juga ugutan yang dibuat untuk mengawal dan menjadikan seseorang itu hambanya. Bahkan hal ini memberi satu tamparan kepada yang lemah itu. Ini juga membuatkan seseorang menjadi gila dek kerana tidak mampu untuk terus dikelola. Disebabkan itu diri mereka mula tidak keruan dan mati perlahan-lahan.

Cara-cara kreatif menulis

Image
 Terdapat beberapa perkara yang boleh memberi idea atau menjadikan penulisan itu kreatiif dan menarik. Lima langkah ini boleh dikatakan perkara utama dalam penulisan. Kreatif disini merujuk kepada perkara yang tidak pernah dibuat dan lain dari yang lain. Kreatif juga boleh menggabungkan pelbagai bahan untuk dijadikan satu perkara yang baru. Dalam penulisan adalah untuk membuatkan pembaca dapat berada dalam situasi tersebut. Langkah pertama adalah menggabungkan bahan yang ada. langkah kedua pula ialah buat sehingga habis. Langkah ketiga ialah langkah jauh yang mana langkau ini dapat meningkatkan idea yang kehadapan. Keempat pula ialah tunggu iaitu menunggu idea itu untuk dikembangkan dahulu. Dan yang terakhir ialah menulis kisahnya. Dengan gabungan lima langkah ini, penulis bakal dapat membina plot yang menarik melalui pelbagai genre dan wataknya semakin menarik.

Tekanan perasaan

Image
 Dikala Syafiq membantu orang lain mengawal tekanan. Namun dirinya sendiri juga mengalami tekanan yang sama. Bahkan lagi teruk dari rakan-rakan yang dibantunya. Namun kemurungan Syafiq tidaklah terlalu ketara untuk dilihatnya. Bahkan ia membawa kepada sesuatu yang tidak terjangka. Hatinya penuh dengan dendam dan kebencian. Itulah yang menyebabkan tekanan pada dirinya. Baginya semua orang tidak boleh dipercayai. Serelung nekad telah menyelubungi perasaan ke arah yang durjana. 

Cucu yang baik

Image
 Syafiq juga mendapat gelaran baik dari orang kampung mengenai kerajinan dan kebaikkanya melayani neneknya yang tua. Namun tidak dihargai disekolahnya. Disebabkan mempunyai segelintir guru yang tidak percaya tentang Syafiq yang mana selalu lambat ke sekolah disebabkan oleh neneknya. Kerana ibu bapanya sibuk berniaga, menjadi kewajipan Syafiq pula untuk mengurus neneknya sebelum pergi ke sekolah. Justeru hal itu tidak dihargai malahan Syafiq memdapat notis kerana selalu terlambat ke sekolah. 

Anak penoreh

Image
Syafiq merupakan anak penoreh getah pada awalnya. Ini disebabkan keluarganya masih belum memulakan perniagaan. Namun kini, ibu bapanya sudah memilikan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian dan hari tua. Syafiq merupakan anak bongsu yang masih bersekolah. Di kala covid ramai yang terjejas dan merasakan hidup mereka telah musnah. Namun bagi Syafiq dan keluarga hidup susah itu perkara biasa. Kerana hidup ini ada kala diatas dan ada kalanya dibawah. Itulah pegangan dia dan keluarganya.

Buli

Image
 Aku merupakan seorang yang tidak suka melihat sesiapa sahaja dibuli atau membuli. Buli adalaj salah satu perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan yang mana tidak akan dapat di tonjolkan oleh pancaindera. Justeru aku mengatakan tidak kepada buli sehingga ramai rakan-rakan yang tidak menyukai diri ini disebabkan aku menentang buli-buli di sekolah amnya. Salah seorang rakanku pernah dibuli sehingga dirinya mengalami kemurungan di tahap yang serius. Bahkan impak ini juga boleh mendorong seseorang menjadi jahat bahkan lebih buruk dari jangkaan.