Pkpb kali kedua
Dewasa ini, semakin menjadi-jadi, banyak teguran ilahi buat manusia mengisafi. Aku hanyalah anak peniaga biasa, yang bergantung nasib dengan menjaja. Namun tetap saja rezeki itu yang maha esa yang aturkan. Kini, negara dan negeri maupun dunia dilanda virus. Pkpb telah dilaksanakan buat kali kedua, kami yang berniaga seperti diracun oleh hujan asid. Perniagaan kami sunyi sepi dan kehilangan punca rezeki. Sedih, merintih tidak berguna lagi. Kami hanya berserah pada ilahi agar diberi sinar kemudian hari. "Yaallah hapuskanlah virus mu ini dan cepatlah membaik" doaku bermonolog dalam hati. Mengenang pada semester ini, aku belum membayar yuran kuliah dan perlu membeli bahan rujukan. Keluarga pula, hanya berniaga sahaja. Simpanan hanya untuk asas kehidupan sahaja. Aku terasa pilu dan murung. Mengenang nasib tanpa penghujung.
Comments
Post a Comment