Posts

Showing posts from November, 2020

Imbauan kenangan

Image
Detik-detik indah dulu bermain di minda sihat. Aku melirik kenangan ketika ibu bapaku mempunyai perniagaan yang baik. Hidup kami boleh dianggap sempurna. Tiada masalah kewangan maupun kekusutan. Saat demi saat ia berubah dan kembali pada zaman silam. Zaman itu adalah waktu kesusahan dalam keluargaku. Pada ketika itu, ibu dan ayah adalah penoreh getah dan juga bekerja kilang. Ekonomi keluarga sangat tercorok. Namun, ibu dan ayah tidak pernah berhenti bekerja untuk memberi kami makan, minum serta bersekolah. Walaupun daif, ibu dan ayah tetap saja membeli baju baru ketika persekolahan dibuka awal tahun. Didikan dan dorongan ibu dan ayah membuat kami lima beradik tersentuh hati dan berupaya untuk meringankan beban mereka. Sehingga suatu hari.

Pkpb kali kedua

Image
 Dewasa ini, semakin menjadi-jadi, banyak teguran ilahi buat manusia mengisafi. Aku hanyalah anak peniaga biasa, yang bergantung nasib dengan menjaja. Namun tetap saja rezeki itu yang maha esa yang aturkan. Kini, negara dan negeri maupun dunia dilanda virus. Pkpb telah dilaksanakan buat kali kedua, kami yang berniaga seperti diracun oleh hujan asid. Perniagaan kami sunyi sepi dan kehilangan punca rezeki. Sedih, merintih tidak berguna lagi. Kami hanya berserah pada ilahi agar diberi sinar kemudian hari. "Yaallah hapuskanlah virus mu ini dan cepatlah membaik" doaku bermonolog dalam hati. Mengenang pada semester ini, aku belum membayar yuran kuliah dan perlu membeli bahan rujukan. Keluarga pula, hanya berniaga sahaja. Simpanan hanya untuk asas kehidupan sahaja. Aku terasa pilu dan murung. Mengenang nasib tanpa penghujung.